Steffen Sea SportsCentral City AcademyCollective TechnologiesAmerican InvestorCorporate-Indentity-

Proses Rekabentuk Logo

Langkah 1 – Pilih Pakej Rekabentuk Logo

Pakej Asas - Logo DesignPakej Standard - Logo DesignPakej Maju - Logo Design

Sila ke halaman pakej dan pilih pakej yang sesuai untuk anda. Kami menawarkan 3 pakej berlainan untuk dipilih. Ianya berbeza dari segi jumlah konsep dan jumlah pereka yang terlibat dalam proses rekaan logo. Sila pilih pakej yang mengandungi rekaan borang alat tulis (stationery - letterhead, business card and envelope) kerana anda pasti memerlukannya. Berikan maklumat pembayaran dan pilih cara pembayaran. Anda boleh hubungi kami melalui telefon, email atau sembang internet (chat) jika ada sebarang soalan atau kemusykilan berkenaan proses rekabentuk logo. Tempah sekarang.

Telefon: 05-5272-485

 

Langkah 2 - Lengkapkan Borang Arahan Kreatif

Melengkapkan borang arahan kreatif dengan betul dan tepat adalah bahagian terpenting dalam keseluruhan proses rekabentuk. Maklumat terperinci mengenai syarikat/perniagaan dan lain-lain arahan adalah bahan rujukan utama dalam proses rekaan logo anda. Kami akan menggunakan maklumat yang diberikan bagi merekacipta logo khusus untuk anda. Setiap logo akan dihasilkan mengikut spesifikasi yang diberikan.

Borang arahan kreatif yang sempurna membantu kami memahami anda, keperluan-keperluan, perniagaan/syarikat anda dan ciri logo yang diperlukan. Setiap rekabentuk adalah berpunca dari masalah dan pereka kami yang berpengalaman akan mengenalpasti keperluan dari borang tersebut dan menghasilkan logo yang sempurna. Pastikan anda mengisi borang arahan kreatif dan kirimkan kepada kami melalui email dengan kadar segera. Arahan memulakan kerja hanya akan diberikan setelah kami menerima borang arahan kerja tersebut. Jika anda ada soalan berkenaan borang arahan kreatif, sila hubungi kami untuk bantuan.

Langkah 3 - Kajiselidik Rekaan Logo dan Ide

Setelah menerima borang arahan kreatif dan pembayaran, kami akan menjalankan kajian dan analisa berkenaan industri yang anda ceburi. Anda akan dihubungi jika kami perlukan maklumat lanjut. Pandangan dan ide anda amat kami hargai dan kami akan berusaha memasukkannya kedalam rekaan logo. Jika anda mahu kami membangunkan ide rekaan anda sendiri, sila kirimkan idea (lakaran, rujukan) tersebut kepada kami. Adalah sangat penting bagi kami mengetahui keperluan anda. Kami akan berkerjasama dengan bagi memastikan hasil kerja logo yang memenuhi keperluan dan kehendak anda.

Langkah4 - Lihat Konsep Logo Asal dan Maklumbalas

Pereka logo akan mencipta logo awal yang tulen berdasarkan maklumat yang terdapat dalam borang arahan kreatif yang anda isi. Anda boleh melihat rekaan-rekaan tulen pertama tersebut yang dipaparkan di laman peribadi/persendirian dalam masa 3 hingga 5 hari. Adakalanya pereka akan memberi konsep logo tambahan secara percuma: lebih banyak dari jumlah yang sepatutnya anda terima.

Sila pilih versi yang paling anda suka dan anda dikehendaki memberikan komen dan cadangan berhubung konsep logo yang telah dipersembahkan. Komen dan cadangan tersebut akan membantu pereka logo menghasilkan/memperbaiki rekaannya supaya ia selari dengan kehendak anda. Beritahu pereka logo apa yang anda suka dan tidak suka. Jika anda tidak bersedia untuk memilih satu konsep (biasanya kerana semua rekaan sangat baik!), anda bolehlah memohon bantuan dari segi pandangan dan cadangan dari pereka logo sendiri, dari kawan-kawan ataupun rakan kongsi anda. Rekaan-rekaan awal tersebut adalah pada peringkat konsep sahaja; apabila anda pilih satu rekaan logo, ianya boleh dipinda diperingkat kerja semakan dan pembetulan untuk mendapatkan rekaan logo akhir (final design).

Langkah 5 - Lihat dan Komen Untuk Semakan dan Pembetulan

Pada peringkat ini anda telah memilih satu konsep awal untuk dikemaskini (semakan dan pembetulan). Berikan maklumbalas dan arah pereka logo untuk membuat kerja pembaikan, semakan atau pembetulan. Berikan maklumbalas atau arahan yang khusus dan tepat supaya pereka logo dapat menerapkannya ke dalam rekaan logo tersebut. Semakan dan pembetulan akan dibuat dan dipersembahkan kepada anda dalam masa 3 hari berkerja atau kurang dari itu. Kebiasaanya anda dimaklumkan melalui email untuk melihat laman web apabila bahan rekaan telah sedia untuk dilihat.

Jika anda ada soalan atau menghadapi masalah menerangkan apa yang tersirat dalam fikiran, hubungilah pengurus logo atau pereka untuk mendapatkan bantuan. Kami sentiasa di sini untuk membantu bagi menjayakan projek logo dengan sempurna.

Langkah 6 – Sahkan Logo Akhir dan Terima Fail-Fail Logo

Setelah anda mengesahkan logo baru anda, kami akan menyediakan fail-fail logo dalam pelbagai format dan mengirimkannya melalui email untuk digunakan. Atau, sebagai pilihan lain, kami akan mampatkan fail-fail tersebut (zip) dan letakkan di laman web untuk anda muatturun. Fail-fail akhir akan disediakan dalam masa dua atau tiga hari perniagaan setelah logo disahkan.

Fail logo akan disediakan dalam beberapa format supaya anda boleh menggunakannya untuk tujuan tertentu memandangkan pencetak dan aplikasi-aplikasi memerlukan format yang berbeza-beza. Format yang kami sediakan kelihatan hebat bagi aplikasi seperti bahan cetakan, faks, laman web, Microsoft Office, tandatangan email, papan tanda, grafik kenderaan, bahan promosi dan persembahan digital.

Format-format fail: ai, eps, jpg, png, pdf

Tidak Pasti? Pertanyaan? Perlukan Sebutharga?

LogoDesign.my can mampu memenuhi keperluan rekabentuk anda termasuk, membina laman web, brosur, pengiklanan, cetakan dan sebagainya. Jika anda ingin berbincangan mengenai keperluan grafik, sila hubungi kami:

Telefon: 05-5272-485

Kami amat berbesar hati memberikan menawarkan khidmat rundingan percuma berkenaan projek rekabentuk anda tanpa obligasi. Beritahu, bagaimana kami boleh membantu anda jika anda mahu dihubungi melalui email atau telefon. (Rundingan melalui telefon untuk pelanggan dalam Malaysia sahaja).

 

Latest Designs

Media WarnaMatahari OptometriPetani.mykohilallogo-design-2009