Hanim Esham | Pereka Grafik & Logo
Hanim Esham sangat menyukai apa-apa yang mencetuskan sifat artistiknya. Baginya, kunci kebahagian adalah mengetahui apa yang membuatkan kita gembira. Hanim gembira apabila menggunakan imajinasi dan kemahirannya untuk menghasilkan sesuatu. Dia mula berkreativiti semenjak berumur 2 tahun dan kini, dia telah mempunyai bertahun pengalaman berkerja dengan klien tempatan dan antarabangsa dalam bidang senireka grafik. Pengajiannya dalam bidang komunikasi telah mendorong dirinya untuk selalu menghasilkan senireka grafik yang mempunyai maksud tersirat. Hanim Esham sentiasa bersemangat untuk membantu anda dalam bidang senireka kerana dia sangat suka berfikir secara kreatif dengan mendalam.

